Wednesday, February 4, 2009

Kudrat Istimewa...

KUDRAT atau apa saja sebutannya, yang pasti serangga ini membuktikan bahawa kemampuan diri bukan terletak hanya pada saiz fizikal semata-mata.
Pagi tadi, ketika sedang duduk mencongak perkara yang akan dilakukan sepanjang hari ini, saya terlihat gelagat sekumpulan semut sedang mengangkat anai-anai yang ukurannya jauh berbeza.
Tertarik, lantas saya mengambil gambar semut-semut itu, bersusah payah menarik dan mengangkat mangsa mereka.
Sesuatu yang menarik apabila melihat kawanan semut itu saling membantu dan menarik pada arah yang sama!Menakjubkan.... Bukan apa, sebenarnya terlintas di benak seandainya manusia miliki semangat dan pandangan serta tujuan yang sama, banyak perkara 'teruk' yang boleh dielakkan, apatah lagi manusia dikurniakan dengan akal dan fikiran.
Tetapi menjadi kehampaan memikirkan manusia yang jauh lebih pintar daripada segala ciptaan di bumi lebih cenderung bersaing keegoan.
Bagaimanapun, di masa depan secara peribadi saya mendoakan agar manusia lebih rasional dalam tindak-tanduk dan keperibadian mereka.
Semoga kita sama-sama dapat mengalami sesuatu yang istimewa di bumi ini yang kita kongsi bersama....(Saya mengasihi anda semua)

No comments: