Thursday, January 29, 2009

padi baru, beras baru

TIME-time sekarang ini, ketika harga beras melambung di pasaran, memiliki sawah walau sekecil mana pun menjadi kesyukuran. Setiap tahun apabila tiba masa mengerjakan sawah, yang dirasa sudah semestinya kepenatan. Yang dikeluhkan tentunya kesibukan mengejar masa. Tetapi, apabila hasil sawah sudah diperolehi, kegembiraan dan kesyukuran tidak dapat digambarkan, apatah lagi hasil titik peluh sendiri (heheheee).
Tahun ini, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya saya terus mengusahakan sawah yang tak seberapa itu, meskipun sibuk dengan tugas dan kerjaya. Nah! bagus jugalah, sebab dah boleh menikmati keenakan beras baru (wangiiiii tau!).
Bukan apa, kalau nak diikutkan, indak mau sudah panat2 mau karaja' di sawah bah, tapi meneruskan tradisi nenek moyang, menghidupkan semangat 'bambarayon', hah paduli'lah!panat2pun hantam saja.
bagi semua yang mengusahakan sawah (sama ada yang untuk dijual atau makan sondiri-sondiiiiri), nikmatilah hasil kamu semua.
Yang penting jangan lupa kasi waris sama itu anak-anak kamurang. bukan mahu mewariskan kesusahan dan kesukaran tetapi mewariskan sikap 'rajin'.
untuk itu, terima kasih Tuhan kerana mencukupkan keperluan kami semua....
(urang yg pakai baju biru tu kan, kawan saya si Eddie Angat (photographer NST) datang pigi tulung2 saya katam padi tu hari.....tq)

Sunday, January 18, 2009

Demi sesama MANUSIA...

KETIKA kita masih mampu berpesta, rakyat GAZA di Palestin menderita akibat perang yang amat memeritkan. Sejak 27 Dis 2008 yang lalu, kini kematian sudah mencecah lebih 1,500 orang manakala 5,000 kecederaan.
tidak dinafikan bencana akan terus dialami mereka. Sebagai sesama manusia, rakyat Malaysia yang prihatin telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu dan menyokong usaha meringankan penderitaan rakyat Palestin.
Mereka juga sama seperti kita, mahkluk ciptaan Tuhan yang istimewa. Dan sesungguhnya penderitaan mereka memberi kesan mendalam di dalam jiwa kita juga. Tidak dinafikan jarak antara kita dan mereka terlalu jauh tetapi begitu dekat apabila melihat kesengsaraan si anak kecil dan wanita yang terkorban.
Hari ini kita perlu sedari walaupun kita tidak mampu memberikan mereka kehidupan tetapi kita masih dapat melakukan sesuatu untuk mereka.
Dan Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan orang ramai menderma untuk Tabung GAZA dengan mengadakan konsert amal di Taman Datuk Chong Tien Bun di Kota Kinabalu pada 18 Jan lalu.
walaupun hanya sekadar mengumpul RM1,021.75 namun ia adalah kejayaan bagi artis tempatan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
Marilah kita bersama-sama berdoa semoga keamanan dunia sejagat terus berlaku dan keajaiban yang diharapkan akan terkabul.Amen

Saturday, January 3, 2009

mulakan harimu...

Wah! tak sangka kan? kini kita sudahpun melangkah ke tahun baru 2009! Selamat Tahun Baru kepada semua!
mungkinkan di tahun baru ini kita memperolehi sesuatu yang terbaik? jawaban kepada pertanyaan itu ada pada kita. Dan jawabannya ialah "Ya!", "Sudah Pasti", "Tentu..." sebab ia sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri.
tidak ada sesiapa yang boleh kita persalahkan seandainya kita gagal, kerana sememangnya yang bertanggungjawab adalah diri kita.
bagi saya, kepastian itu ada! cuma mungkin ia tidaklah sebagaimana yang kita kehendaki sepenuhnya. tetapi itu bukan alasan untuk kita berhenti daripada berusaha mencapai sesuatu yang diinginkan.
Sebagai manusia, kita sebenarnya sama kerana masing-masing punya 'keinginan'. hanya yg membezakan kita adalah, 'hasrat'. memiliki keinginan bukan satu kesalahan, demikian juga apabila kita mempunyai 'hasrat'. cuma yang perlu diberi perhatian adalah, apakah hasrat kita itu merupakan yang sebaik-baiknya.
setiap orang berkeinginan untuk menjadi yang terbaik! maka berusahalah untuk menjadi yang terbaik!
semoga tahun baru ini langkah yang kita mulakan adalah langkah 'kanan' ke arah mencapai impian....salam sayang dari LP