Tuesday, February 17, 2009

Hamba sigup@sogirit@rokok....

TERINGAT saya pada sorang pakcik (cerita lama lagi ni!). Dia kan kuatttt butul isap sigup sampai 'berbatang-batang' dalam seminit (bukan sehari tau!).
Dalam apa juga keadaan, dia misti ada itu rokok di mulut. Kadang-kadang sampai melecur bibir sebab hisap rokok sambil tidur.
Bagi dia, rokoklah segala-galanya! Tiada yang lain. Kalu indak ada rokok, alamatlah muka dia jadi panjang, dagu sampai lutut!
Masalahnya setiap kali habis rokok, yang jadi mangsa untuk pergi beli ialah anak-anak dia yang masih kecil-kecil (macam piak @ anak ayam).
Satu hari anak dia, entah malas atau kurang sihat, habis pakcik tu hambat pakai apa saja yang ada di tangan dia. Kesian aku nampak anak dia tu.
Tapi yang baiknya, sekarang ni pakcik tu sudah taubat. Indak isap sigup lagi.... anak diapun semua sudah besar-besar. Mungkin kerana pengalaman lalu, semua anaknya tidak ada yang hisap rokok. Semua mengatakan "Tak Nak" pada rokok. Jadi kepada bapa-bapa, pakcik-pakcik, datuk-datuk atau yang 'female' tu, kalu boleh bagus lagi berehat merokok selagi rokok tu tak merehatkan kamu.
Lagi satu, ingat! "Penyakit yang dihidap oleh orang yang merokok di tempat tersembunyi adalah kanser yang sama dihidapi oleh orang yang merokok di khalayak ramai".

3 comments:

Lala said...

hahaha,....membakar duit...kiha....

intan manje said...
This comment has been removed by the author.
intan manje said...

SAY TAK NAK.. pada rokok.. membahaya kan kesihatan.. tapi orang kita ni.. lagi di larang.. lagi mahu di buat.. lagi mahal rokok lagi ramai yg mahu hisap.. susah mahu kata.. jadinya ..LU PIKIR LAH SENDIRI.. hihihiih