Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!!

SELAMAT Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!!!Setiap tahun sejak kecil (kerana kebanyakan kita lahir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957) kita akan meraikan Hari Kemerdekaan! Penuh semangat! Penuh Kesyukuran! Disertai dengan perasaan lega, gembira, bangga kerana lahir di negara yang telah merdeka sepenuhnya dari kekuasaan penjajah (sebagaimana kita pelajari dalam Sejarah @ Tawarikh).
Tetapi kita juga sepatutnya tidak harus melupakan bahawa tarikh kewujudan 'Malaysia' adalah selepas kemasukan 'kita' (ketika itu Borneo Utara) pada 19 Sept 1963. Justeru perlu disedari bahawa kita (negeri Sabah) adalah sebahagian daripada komponen menjayakan penubuhan Malaysia negara tercinta ini. Kita bukanlah menyertai 'Malaysia' sebaliknya telah menjayakan pewujudannya.
kerana itu wajar (sungguh2 wajar) kita menjadi, bertindak, berperanan sebagaimana selayaknya sebagai rakyat 'Malaysia'!
SELAMAT HARI MERDEKA sekali lagi (untuk tahun ini) semoga kita dapat terus mempertahankan 'kemerdekaan' ini bukan sahaja pada konteks 'negara' tetapi sebagai individu, keluarga, masyakarat dan anggota kepada manusia yang hidup di bumi!

No comments: