Sunday, June 28, 2009

budaya warisan...




KAAMATAN sudah berlalu....pesta yang mengumpulkan semua suku kaum dari Sabah. Namun kemeriahan dan keunikan perayaan itu pastinya sentiasa terasa.
Perkara lebih menarik pada saya adalah mengetahui bahawa suku kaum Dusun ini terdiri daripada pelbagai etnik dan itulah yang menjadi kebanggaan sebagai anak asal negeri ini. Pada saya, saya tidak mengharapkan selain daripada rasa bangga setiap individu dari bangsa saya. Disusuli pula dengan semangat menjaga dan mewarisi serta mewariskan semua ini kepada generasi akan datang. Bukan sahaja budaya dan kesenian tetapi paling penting adalah 'BAHASA' ibunda sendiri kerana bahasalah yang menjadi identiti kepada setiap bangsa di dunia. Oleh itu marilah kita bersama2 menjadikan bangsa kita, bangsa yang dikenali dan dihormati sebagai orang yang tidak pernah melupakan asal usul keturunan dan budaya sendiri. Kiiihoi Boh!