Wednesday, November 18, 2009

06. LP-MTV Karaoke (Noilaan ku)

video

Lagu ini dalam bahasanya bertajuk "Ku Akui" kununnya mengenai seorang tanak wagu yang mengakui melakukan kesilapan dalam perhubungannya dengan c sumandak. Dia juga akur seandainya si sumandak indak suka lagi sama dia...huhuhuuuu....kosisian kunun....hehehehee. Lagu ini merupakan 1 (track 6) daripada 10 lagu yang dimuatkan dalam album MTV Karaoke saya termasuk itu lagu kita, "Sayang Bah Itu Masa" sama "Tompukirik2". Mbah! indak lama lagi kita buli nyanyi ramai2 la ini kan....tq for ur support kio...Love u all...

Monday, November 2, 2009

Rentak Kita Bah!

video

Inikan episod ke-4 Rentak Kita Bah di Muzik Aktif Astro 180. sa nyanyi lagu Tudukai oku'd mongupus (ajarku mencintai). harap kawan2 semua terhibur....jumpa lagi di episod2 akan datang dengan 2 lagi lagu saya....

Tuesday, October 27, 2009

Mbah!apa lagi?

Teruskan menonton dan menyokong....banyak lagi lagu2 dari kami yang bakal disaksikan menerusi Rentak Kita Bah!

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!!

SELAMAT Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!!!Setiap tahun sejak kecil (kerana kebanyakan kita lahir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957) kita akan meraikan Hari Kemerdekaan! Penuh semangat! Penuh Kesyukuran! Disertai dengan perasaan lega, gembira, bangga kerana lahir di negara yang telah merdeka sepenuhnya dari kekuasaan penjajah (sebagaimana kita pelajari dalam Sejarah @ Tawarikh).
Tetapi kita juga sepatutnya tidak harus melupakan bahawa tarikh kewujudan 'Malaysia' adalah selepas kemasukan 'kita' (ketika itu Borneo Utara) pada 19 Sept 1963. Justeru perlu disedari bahawa kita (negeri Sabah) adalah sebahagian daripada komponen menjayakan penubuhan Malaysia negara tercinta ini. Kita bukanlah menyertai 'Malaysia' sebaliknya telah menjayakan pewujudannya.
kerana itu wajar (sungguh2 wajar) kita menjadi, bertindak, berperanan sebagaimana selayaknya sebagai rakyat 'Malaysia'!
SELAMAT HARI MERDEKA sekali lagi (untuk tahun ini) semoga kita dapat terus mempertahankan 'kemerdekaan' ini bukan sahaja pada konteks 'negara' tetapi sebagai individu, keluarga, masyakarat dan anggota kepada manusia yang hidup di bumi!

Monday, August 3, 2009

shooting Muzik Astro 180 "Segalanya Muzik!"

KEPENATAN serta keletihan penggambaran untuk tiga lagu yang bakal disiarkan dalam rancangan Muzik Astro nanti, sudah lama berlalu (sebab suuuudah siap). Tapi kemeriahan terutama sekali kerjasama oleh para krew (dari Semenanjung) masih terasa. Meskipun mungkin boleh dikatakan pertemuan yang agak singkat (hanya 3 lagu) tetapi sebagai seorang yang suka mengumpul kawan2...sekurang2nya memperolehi kawan2 baru. Bukan itu saja, semasa penggambaran lagu "Tompukirik2", saya amat gembira dengan kerjasama dan bantuan daripada kawan2 di Kampung Suromboton, Tenghilan yang sudi menjadi 'xtra'. Sungguhpun penat, kepanasan (cuaca), kehabukan jugak....mereka tidak mengeluh sedikit pun demi menyokong saya. mereka menari dan bernyanyi bersama (tengok saja dalam gambar) TERIMA Kasih!!!
Gambar ini pulak, semasa saya mengambil feeeeeelllll (bukan pil ah!) lagu 'Romitonku id Kasagaan' (kuterima dengan rela) sebuah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan oleh adik saya c Laping (David Pinus) dalam albumnya. Lokasi di Egot @ Digot KB.
Inipun dia jugak lah....tapi yang kamurang tinguk bukan saya bah...tpi itu krew....bersungguh2!sa suka dorang la....
PENGARAH (Mior) dan Jurukamera (Lee) sedang merakam aksi (bukan stunt) dari c LP...
HMMMM.....ada yang dikontrol ni.... tapi ntah lah...hehehehee
Ayseeee men.....sebelum shooting mestilah kena touch up! sa bilang sa mo guna 'natural beauty' sa tapi ndak kana pakai jugak...terpaksalah minta dibedakkan....yang risaunya ntah berapa kulit artis sudah yang pakai c Black (tukang make up) punya sponge (yang bikin sapu2 bedak tu bah!) heheheee...apa boleh buat...
Ini kawan2 krew...sedang meneliti lokasi...
AH! ni pulak kena interbiu...antara soalan....apa lagu yang ko nyanyi? berapa lama sudah nyanyi? berapa album? dan lain2 lagi lah....lepas tu akhir sekali 'promo' "Haiiiii! saya LP Ally Raphiel Pinus, jangan lupa saksikan saya di Muzik Astro! Segalanya Muzikkkkkk!" (pun mau 2,3 kali take....fuhhh heran...hehehehee)
Inipun satu daripada proses penggambaran....tapi yang ini 'sansara'.... sbb sa ambik cuti 1 hari, pas tu satu hari la sa ikut2 tu krew...last2 indak sempat shooting....adedeeeeeh....
LEBIH kurang macam ini la tu kalu nampak di kamera...ini kan c Ateng yang tulung gambar ba ini...tengkiu Ateng....sa bawa dia jadi bodigat....hehehehee
Ini pun satu daripada aksi lasak lagu 'tompukirik2". yang sayangnya kan, itu lagu sayang ba itu masa indak kana pakai...heheheheee...abis ada lirik 'singgarung' kan.....
Kami urang jalan sepanjang jalan (raya) sambil tu kamera man duduk di buut kereta (siapa punya? saya la....) nasip indak kumpit...hehehehee
HAH! yang sa mau kasi tinguk kan tuuuuu nah! tuala saya....hehehehe yang besangkut di tiang tu...warna hijau....adakah.... Mbah okey lah kerana sudi tinguk2 ni gambar....harap2 di lain masa kita jumpa lagi...dan jangan lupa memiliki itu sa punya MTV karaoke yang bakal di pasaran indak lama lgi.....(nanti sa kc tau....)

Sunday, June 28, 2009

budaya warisan...




KAAMATAN sudah berlalu....pesta yang mengumpulkan semua suku kaum dari Sabah. Namun kemeriahan dan keunikan perayaan itu pastinya sentiasa terasa.
Perkara lebih menarik pada saya adalah mengetahui bahawa suku kaum Dusun ini terdiri daripada pelbagai etnik dan itulah yang menjadi kebanggaan sebagai anak asal negeri ini. Pada saya, saya tidak mengharapkan selain daripada rasa bangga setiap individu dari bangsa saya. Disusuli pula dengan semangat menjaga dan mewarisi serta mewariskan semua ini kepada generasi akan datang. Bukan sahaja budaya dan kesenian tetapi paling penting adalah 'BAHASA' ibunda sendiri kerana bahasalah yang menjadi identiti kepada setiap bangsa di dunia. Oleh itu marilah kita bersama2 menjadikan bangsa kita, bangsa yang dikenali dan dihormati sebagai orang yang tidak pernah melupakan asal usul keturunan dan budaya sendiri. Kiiihoi Boh!






Tuesday, May 26, 2009

"Tagal@Bombon"

WAH! Cantikkan.....hah! inilah Sungai Kadamaian di Kota Belud dimana kawasan tagal untuk Kampung Purak Ogis, terletak. Tagal atau Bombon adalah kaedah yang digunakan oleh penduduk kampung untuk melarang penangkapan ikan secara tidak teratur. 'Tagal' mengenakan denda kepada penduduk yang engkar peraturan yang ditetapkan. Kaedah ini bagi menggalakkan pembiakan ikan dan penangkapan ikan secara bermusim (sekali dalam setahun).
Pada tahun ini, penduduk memilih bulan Mei untuk menangkap ikan dan hampir kesemua penduduk jauh dan dekat mengambl peluang balik kampung dan berkumpul bersama dalam pesta menangkap ikan.


Mau lihat hasilnya?Nah! kamurang tinguk
ini ikan Kelah (Sarawi dalam bahasa Dusun).
banyakkkkkk..... Kobihis bah kawan2 nampak ini kan....










JADI tugas bagi kaum ibu dan wanita ialah menyiang ikan lah...sementara menunggu tengah hari....yang sioknya tu kan, dorang masak ikan2 yang kiiicil bersama telurnya
satu belanga bah! Manissssss butul dia punya
suuup o....(doi kobihis oku)










Kita tinguk lagi ini...ikan ni namanya 'sinsilog' (kira2 macam belut sungai lah....) yang paling besar belum kena tangkap lagi tu...last minit baru kena tangkap....fuh puas hati dorang bergambar sama itu sinsilog yang sedang tersenyum...heheheeee Tapi akhirnya sinsilog itu jadi.....(tak tau lah.....)
Akhir sekali, kita tengok muka2 yang letih sehari suntuk berendam di air dan menangkap ikan....yang penting semua puas hati walaupun satu keluarga hanya dapat bawa pulang kira2 3kg ikan selepas dibahagi-bahagikan.....okeylah....kawan saya mau bawak pigi minum sudah! saya stop sini dulu.....nanti kita sambung lagi....babai

Friday, May 15, 2009

Koleksi ku (kunun)

Mungkin ada yang indak suka di serangga. Kami kasi dia nama 'langau' tapi ada jugak yang panggil lalat (hahahahaaa). Saya ambik gambar dia pun bukan kerana dia possing abis...cuma tertarik sebab dia sempat lagi buang (yang itam-itam tu).
Waktu saya ambik gambar ni tantadan, dia sempat jeling sama saya...senyum dan....ntah lah!saya cakap ja ni....teda pun dia buat gitu saya ingat.....

HAH! Ini bunga kebangsaan (Bunga Raya) ditanam lalu tumbuh di belakang rumah saya di Kampung Lapai Tenghilan. cantik juga bah! baaanyak bah bunga dia tu tapi satu saja yang sa gambar abis macam samaaaa ja semua saya nampak...
Ini pula bunga kecil2 dalam pasu (mama saya tanam) lepas saya ambik gambar ni kan, si sumandak kuruak bergabung 'kenakalan' dengan sepupu2 dia terus cabut itu bunga yang putih meninggalkan pokok yang sudah botak...hahahahaaaa kesian tu bunga kan.... tapi saya tahu akan berbunga lagi so takpa lah....

INI anak ayam sama indung dia si manuk golupo, saya gambar ketika sedang bersantai di halaman rumah. kemudian saya berlalu tapi tidak lama kemudian saya dengan macam riuh ja dorang anak beranak...saya pun pigi la tinguk! ooooh patut lah..rupa2nya si duku' (orang Dusun bilang tasu) merengek-rengek minta dinyanyikan lagu...isk! talampau butul...indak percaya tinguk la gambar di bawah....hahahahaaa

MBAH!apapun saya harap kamu semua seronok tengok gambar yang jarang jaaarang macam ini (kalaulah jarang). bagi yang selalu nampak mbah apa boleh buat...bagi2lah komen k....tq kawan-kawan....love you all.....





Sunday, April 26, 2009

KIIIIIHOI BOH! Kalu kamu nampak ini gambar kan....di Gogds yang ambik ini....(saya bikin2 saja). Yang butul sa mau ambik gambar juga itu musim (malam final KE Next Top Entertainer) tapi indak buli abis kawan2 saya kan kasih surung-surung itu 'rimau nyandar pokok' punya tin.
Jadi indak dapatlah ambik gambar.... apapun, malam itukan...saya ada kasi nyanyi 1 lagu itu 'tompukirik-kirik' (lamaaa-lama jadi songkirik-songkirik heheheeee).
baanyak bah urang datang itu malam!melihat itu kan, turus saya bilang dalam hati..."ia bah kan, kalau butul ada program sebegini dianjurkan misti ramai bah urang datang...." memang pun, abis jaaarang kana anjur macamana gia urang mo datang kalau saja-saaaaja datang pigi KDCA atau pigi mana-mana tempat kalu tiada tujuan kan.... (itu lah).
kemudian kan, itu penganjuran saya rasa butul2 kaw...walaupun bulih dikatakan pertama kali tapi sudah menampakkan satu usaha yang boleh dibanggakan. Kepada KADUS Entertainment teruskan usaha. kepada yang penaja pun teruskan tajaaan (ada nama jugak ba itu).
dan lagi satu sa mo kasi ucap tq kpd si Othoe (yang DJ tu bah) sebab banyak bagi dorongan.... sebenarnya itulah yang kita mahu daripada urang yang ada pendedahan dan kemampuan bah....jadi sapa2 yang rasa berkemampuan tu jangan lukik@kedekut dengan apa yang dimiliki sebaliknya kongsikan!
mbah ini saja la dulu nanti sa taip banyak2 kana marah pulak...heheheeee
saya mo pigi saaaana ni...sayang itu masa kalau ditinggal-tinggal....

Tuesday, April 14, 2009

Kita perlu berdiam sebentar dan merenungi kembali, adakah kita telah melakukan perintah-Nya? Sudahkan kita memberikan yang terbaik kepada sesama kita? Bukan sahaja dengan saudara sesama malah, mereka yang telah melukakan hati kita.... Biarkan Kasih dari yang Maha Esa mengurapi kehidupan kita.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PASKA! Hanya ucapan yang saya dapat berikan kepada kawan2 semua. Dengan harapan, Paska tahun ini turut membangkitkan semangat kita untuk saling kasih mengasihi, saling mengampuni, saling menghargai sesama.
(Gambar Rev. Fr. Thomas Madanan ketika memulakan Misa Kudus Sabtu Suci di St. James Tenghilan)

"Biarlah kita terus bercahaya di dalam kehidupan....kongsikan cahaya kasih untuk menerangi jalan sesama...."

Friday, April 3, 2009

Tamu Tamparuli


"PAK!Pak! kangku ndo! sumunsui do jambatan...jambatan do Tamparuli...bakasut tinggi oku...."hmmm teringat lagu Justin Lusah apabila melihat jambatan gantung Tamparuli yang sudah terkenal seantero ini. Disinilah terletaknya tamu tamparuli yang diadakan setiap Selasa dan Rabu. Apa yang ada?kita lihat ja gambar di bawah...


PARA petani dari kampung sekitar membawa pelbagai hasil pertanian untuk dijual di tamu ini. Sayur...buah-buahan..... nah! ada buah bambangan (sadap tu....), ubi keladi....labu....huh...


NAH! kamurang tinguk....hijauuuu saja tu sayurkan....Direct From Jungle (urang putih bilang). Jarang didapati di mana-mana kecuali di tamu-tamu....tu ada kulat hutan lagi....Aisyeeee mennnnn si gaman buking sudah itu buah pulutan (cempedak).


Hah! sinilah letaknya tamu Tamparuli...dekat sungai Tuaran. Bangunan yang kamurang nampak di saaaaaana tu ialah, bangunan kebudayaan yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda di pekan ini.

Jambatan konkrit ini dibina pada zaman British! Ada pelbagai cerita di sebalik pembinaannya. Kalau ada masa datanglah ke sini dan kamu akan tahu apakah kisahnya itu. apapun kalu ada masa nanti, saya akan kongsikan kepada anda semua.....







Saturday, March 21, 2009

My Gift for you my friendsssss

video

"TUDUKAI Oku'd Mongupus Dika" atau "Ajarku Mencintaimu" hanyalah sebuah lagu sebagai hiburan dan teda kena mengena dengan yang hidup ataupun "tuuut" (heheheee). Dibikin pada tahun lalu (2008) oleh TJC Talent Studio. Model MTV karaoke? hmmmm Sumandak Kuruak dan Kabir Kusai Kobi Gon (hahahahaaa) semoga terhibur hendaknya...dan jangan lupa tunggu MTV Karaoke saya yang akan datang....luuuuuvvvvv

Saturday, March 14, 2009

menarik kan...


SEBENARNYA tak perlu pergi jauh2... di sekitar kita pun baaaanyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sumandak Kuruak membawa kita ke satu destinasi yang ada di Tuaran semasa berkesempatan mengunjungi tempat itu, tidak lama dulu.... Haaaaai Sumandak Kuruak....Smileeeee....

Wednesday, March 11, 2009

Saja-saaaaaaaaja!


NYAMAN.....memang nyaman....pagi2 di kampung saya.... Saya amat sukakan suasana pagi seperti ini. Sejukkkk....dengan angin sepoi...embun menitik...dan cahaya matahari mulai bersinar....
hmmmm saya benar2 berharap generasi akan datang dapat mewarisi keindahan alam semulajadi ini...Terima Kasih Tuhan kerana memberi kami peluang menikmati keindahan ciptaanMu....

Inilah burung "Kandawai" atau dalam bahasa Melayu "bangau". memang susah mau tangkap ni (kalu tangkap, kitapun kena tangkap oleh penguatkuasa).
jadi sekadar bikin hiasan-hiasan buli la....
kenapa saya suka burung ni, ndak da apa2pun cuma, banyak di tempat saya.
Okeylah....selamat terbang Kandawaiiiiiii...jangan ja ko pi hinggap belakang traktor....



IKAN KORUK,
IKAN TURONGOU...
SUDAH KOGORUK,
MASIH KORONGOU....

Pantun ni bermaksud, tak bermaksud apa-apa....so rileks ja la....(aku k.... ja!)
Untuk pengetahuan, ikan ni banyak di paya2 atau lubuk2...jadi kalu mo tangkap kena pakai rambat la.... pakai tuba pun buli tapi dilarang....(heheheee)
p/s: ni ikan bapa saya pigi lugu (bakar) taaaadi pagi....direct from botung! sadapppppp....

let us sing together....


MBAH! lukisan ni sekadar bikin geletek-geletek hati, tiada kaitan dengan urang yang masih hidup atau suuuuuuudah mati (heheheee). Semangat berjuang! (kepada siapa2 yang ada hati mau moncuri ka manakau ka atau mau kidnap karabau urang lain, baranti lah! Ingat itu hukum 10!Atuuuuuk Oi!)

Friday, March 6, 2009

Pigi mana tu?


INI GAMBAR mimang aku dapat dari kawan (dia kasi emel). Hmmmm sekali tinguk macam lori angkat sampah (harap indak keterlaluan anggapan tu....), dua kali tinguk, eeeeiiii! urang bah pulak. Terus aku teringat kesesakan yang selalu kita perkatakan. Yang sering kita jadikan tajuk perbualan, hampir setiap orang bilang kesesakan yang bikin durang 'tension' abis....
Tapi rasanya kita masih boleh bersyukur jika dibandingkan dengan orang2 yang dalam gambar ni...bukan saja penumpang, itu barang-barangpun bersangkut-sangkut memaksa penumpangnya bergayut-gayut.... Tapi kan, apapun yang dorang lakukan, dimanapun arah tujuan, pastinya ia berlaku kerana setiap mereka mempunyai toleransi....cuba kalau tidak, abis bah semua tu berciciran di padang pasir....jalan kaki bukan sinang tu...
Nah! bayangkan....renungkan...ada juga baiknya jika kita ada perasaan timbang rasa sesama kan...bukan asyik-asyik kasih tau pasal 'mau marah' orang lain...macam saja kitaaaaa saja yang ada perasaan....
Mbah! okey lah....sori kalu aku tulis banyak....-Peace be with you...

Thursday, March 5, 2009

Bikin kasian....


ATUK-ATUK-ATUK OI! Bila saya tinguk gambar ni kan.... timbul pertanyaan, apalah agaknya yang berlaku ni? Mosikin butul ka dorang ni? Atau mimang indak ada jalan sudah mo cari makan? Fuh! panat bopikir....
Apapun, yang boleh kita pelajari di sini adalah, apakah kita sanggup memperlihatkan ciri-ciri 'keperimanusiaan' kita terhadap mereka yang benar-benar memerlukan? Time-time 'prapaska' begini, bagus jugak kalau kita mulai merenung sejauh manakah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai manusia.
Memang bukan senang tetapi (sekali lagi) tidak ada perkara yang mustahil seandainya kita benar-benar 'percaya' dan melakukan sesuatu itu dengan penuh kerendahan hati.
Mungkin, ini hanya gambar hiasan tetapi pada realitinya, biarlah ia mengundang sedikit kesedaran kita untuk terus memberi yang terbaik semampu kita....- May God Bless Us....

Wednesday, March 4, 2009

jauh perjalanan haus tapak kasut...




PAGI-PAGI butaaaa.... sa turun dan jalan-jalan di halaman. Tiba2 sa tenampak di binatang yang dipanggil Itik, linggang-liiiinggang di jalan macam kapanatan butul.


Yang sa heran, awal butul dia bangun (lebih awal dari saya). saya indak berani pulak tanya dia mo pi mana. Takut kana' bubut (kejar laaaa) sebab sa tinguk macam indak hepi ja muka dia.


aku masuk rumah terus ambik kamera. Sa mintak kebenaran ambik gambar dia. Dia bilang okey...sa pun kira lah...1 - 2 - 3! hah! ini lah hasilnya.....


kamurang tinguk dia senyum kan.....itulah kadang-kadang kita ni menilai orang lain pun dari luaran ja. Jarang sekali ambik peduli untuk mengenali seseorang itu....


So, marilah kita belajar untuk mengenali sesiapa saja bukan sahaja luaran tetapi dalaman supaya kita lebih memahami mereka....-Love LP


Yang ni pulak, c 'Tandaha' (ayam jantan) bersama sweet heartnya. Bertenggek di dahan durian sambil bercerita mengenai aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang hari itu.

Ya lah! kan biasanya ayam sudah kena 'cop' kais pagi makan pagi, kais petang makan petang....' Tentu yang betina di kiri tu bilang "aaaapa saja bah! yang penting buli makan!". Yang di kiri pulak cakap, "saya tunggu saja sinilah! kamu pigi turun kais-kais...lepas tu kalu ada apa-apa baru panggil saya...."

si Jantan jawab "eh! sapa bos? saya ka kamu?" Hmmmm....kitapun kadang-kadang camtu jugak kan.... Pada kebanyakan masa mengharap orang lain. Padahal kita sendiri tahu apa yang kita kurang. Jadi kalu dapat bagus lagi kita mengerjakan apa-apa yang termampu dan terdaya bah! Jangan talampau berfikir pasal mau senang sedangkan tiada usaha. Sebab kalu kita sendiri tak berusaha, manalah ada saluran untuk berkat Tuhan bagi kita kan....

Mbah itu sajalah untuk hari ni....nanti kita jumpa lagi di lain update...babai....love u all....

Monday, March 2, 2009

Untuk santapan mata....

WAH! Ini namanya "Tangangatar" dalam bahasa Dusun (dalam bahasa lain yang sa tau 'kumbang' ja). Hmmm tentu ramai yang lamaaa sudah indak nampak ni 'barang' kan... apapun sa ambil peluang ini untuk memperkenalkan spesis kumbang yang selalu merosakkan 'Goribon' (pucuk kelapa) tukang 'bahar'.


Saiz dia kan indak juga talampau basar (adalah macam 3 jari @ 2 inci) tapi ada orang yang ndak berani pigang (ndak tau kenapa). Mungkin kerana, tanduk dia yang macam tanduk karabau dan belalai dia yang panjang (keras lagi tu....).


Gambar ni sa ambik masa pigi rekoleksi di Kampung Sinalapak, Tamparuli baru-baru ni. Disebabkan jaaaaarang jumpa, sa pun ambik gambar dia untuk tontonan kita bersama heheheeee (tinguklah saaaampai berair mata).



YANG ini pulak, kalau dalam bahasa saya (Dusun), "Lontugi". Urang bilang bikit takut, tapi indak jugak bah! (adalah siiiikit seram....hiii..iii..ei)

Panjang diakan lebih kurang 6 inci (yang saya gambar ni). Jumlah kaki dia kan, kiralah sendiri. Tapi yang bikin takajut tu kan...kalu ko pura2 mo pigang ini lontugi pandai berdiri (duuuuiiiii yeiiii!).

Isk! sudahlah cerita, saya punya bulu tengkuk pandai bodiri.....






HMMM....Ini pulak kawan-kawan saya semasa Rekoleksi tu...ada c Paado (Rev. Fr. Thomas Madanan) berdiri di kiri, dan kawan-kawan lain. Gambar ini diambil berlatar belakangkan itu Gunung Kinabalu (tapi indak berapa nampak di gambar). Cantikkkkk bah itu tampat (Kampung Sinalapak). Sajuuuuukkkk dan udara pun segar. Tidur ampat jam, rasa macam enam jam sudah tidur....siokkkkkk.
Okey lah kita jumpa lagi di lain update. banyak lagi cerita, banyak lagi gambar serangga yang sa mo kasi kenal...heheheeee...Peace Be With You....Shallommm.....