Sunday, March 28, 2010

for u all...(montok dokoyu toinsanan)

hello to all my friend who likes 'sayang ba itu masa' and 'tompukirik-kirik'...thanks to all of you....support our local artist...

Wednesday, November 18, 2009

06. LP-MTV Karaoke (Noilaan ku)

Lagu ini dalam bahasanya bertajuk "Ku Akui" kununnya mengenai seorang tanak wagu yang mengakui melakukan kesilapan dalam perhubungannya dengan c sumandak. Dia juga akur seandainya si sumandak indak suka lagi sama dia...huhuhuuuu....kosisian kunun....hehehehee. Lagu ini merupakan 1 (track 6) daripada 10 lagu yang dimuatkan dalam album MTV Karaoke saya termasuk itu lagu kita, "Sayang Bah Itu Masa" sama "Tompukirik2". Mbah! indak lama lagi kita buli nyanyi ramai2 la ini kan....tq for ur support kio...Love u all...

Monday, November 2, 2009

Rentak Kita Bah!

Inikan episod ke-4 Rentak Kita Bah di Muzik Aktif Astro 180. sa nyanyi lagu Tudukai oku'd mongupus (ajarku mencintai). harap kawan2 semua terhibur....jumpa lagi di episod2 akan datang dengan 2 lagi lagu saya....

Tuesday, October 27, 2009

Mbah!apa lagi?

Teruskan menonton dan menyokong....banyak lagi lagu2 dari kami yang bakal disaksikan menerusi Rentak Kita Bah!

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA!!!

SELAMAT Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!!!Setiap tahun sejak kecil (kerana kebanyakan kita lahir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957) kita akan meraikan Hari Kemerdekaan! Penuh semangat! Penuh Kesyukuran! Disertai dengan perasaan lega, gembira, bangga kerana lahir di negara yang telah merdeka sepenuhnya dari kekuasaan penjajah (sebagaimana kita pelajari dalam Sejarah @ Tawarikh).
Tetapi kita juga sepatutnya tidak harus melupakan bahawa tarikh kewujudan 'Malaysia' adalah selepas kemasukan 'kita' (ketika itu Borneo Utara) pada 19 Sept 1963. Justeru perlu disedari bahawa kita (negeri Sabah) adalah sebahagian daripada komponen menjayakan penubuhan Malaysia negara tercinta ini. Kita bukanlah menyertai 'Malaysia' sebaliknya telah menjayakan pewujudannya.
kerana itu wajar (sungguh2 wajar) kita menjadi, bertindak, berperanan sebagaimana selayaknya sebagai rakyat 'Malaysia'!
SELAMAT HARI MERDEKA sekali lagi (untuk tahun ini) semoga kita dapat terus mempertahankan 'kemerdekaan' ini bukan sahaja pada konteks 'negara' tetapi sebagai individu, keluarga, masyakarat dan anggota kepada manusia yang hidup di bumi!

Monday, August 3, 2009

shooting Muzik Astro 180 "Segalanya Muzik!"

KEPENATAN serta keletihan penggambaran untuk tiga lagu yang bakal disiarkan dalam rancangan Muzik Astro nanti, sudah lama berlalu (sebab suuuudah siap). Tapi kemeriahan terutama sekali kerjasama oleh para krew (dari Semenanjung) masih terasa. Meskipun mungkin boleh dikatakan pertemuan yang agak singkat (hanya 3 lagu) tetapi sebagai seorang yang suka mengumpul kawan2...sekurang2nya memperolehi kawan2 baru. Bukan itu saja, semasa penggambaran lagu "Tompukirik2", saya amat gembira dengan kerjasama dan bantuan daripada kawan2 di Kampung Suromboton, Tenghilan yang sudi menjadi 'xtra'. Sungguhpun penat, kepanasan (cuaca), kehabukan jugak....mereka tidak mengeluh sedikit pun demi menyokong saya. mereka menari dan bernyanyi bersama (tengok saja dalam gambar) TERIMA Kasih!!!
Gambar ini pulak, semasa saya mengambil feeeeeelllll (bukan pil ah!) lagu 'Romitonku id Kasagaan' (kuterima dengan rela) sebuah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan oleh adik saya c Laping (David Pinus) dalam albumnya. Lokasi di Egot @ Digot KB.
Inipun dia jugak lah....tapi yang kamurang tinguk bukan saya bah...tpi itu krew....bersungguh2!sa suka dorang la....
PENGARAH (Mior) dan Jurukamera (Lee) sedang merakam aksi (bukan stunt) dari c LP...
HMMMM.....ada yang dikontrol ni.... tapi ntah lah...hehehehee
Ayseeee men.....sebelum shooting mestilah kena touch up! sa bilang sa mo guna 'natural beauty' sa tapi ndak kana pakai jugak...terpaksalah minta dibedakkan....yang risaunya ntah berapa kulit artis sudah yang pakai c Black (tukang make up) punya sponge (yang bikin sapu2 bedak tu bah!) heheheee...apa boleh buat...
Ini kawan2 krew...sedang meneliti lokasi...
AH! ni pulak kena interbiu...antara soalan....apa lagu yang ko nyanyi? berapa lama sudah nyanyi? berapa album? dan lain2 lagi lah....lepas tu akhir sekali 'promo' "Haiiiii! saya LP Ally Raphiel Pinus, jangan lupa saksikan saya di Muzik Astro! Segalanya Muzikkkkkk!" (pun mau 2,3 kali take....fuhhh heran...hehehehee)
Inipun satu daripada proses penggambaran....tapi yang ini 'sansara'.... sbb sa ambik cuti 1 hari, pas tu satu hari la sa ikut2 tu krew...last2 indak sempat shooting....adedeeeeeh....
LEBIH kurang macam ini la tu kalu nampak di kamera...ini kan c Ateng yang tulung gambar ba ini...tengkiu Ateng....sa bawa dia jadi bodigat....hehehehee
Ini pun satu daripada aksi lasak lagu 'tompukirik2". yang sayangnya kan, itu lagu sayang ba itu masa indak kana pakai...heheheheee...abis ada lirik 'singgarung' kan.....
Kami urang jalan sepanjang jalan (raya) sambil tu kamera man duduk di buut kereta (siapa punya? saya la....) nasip indak kumpit...hehehehee
HAH! yang sa mau kasi tinguk kan tuuuuu nah! tuala saya....hehehehe yang besangkut di tiang tu...warna hijau....adakah.... Mbah okey lah kerana sudi tinguk2 ni gambar....harap2 di lain masa kita jumpa lagi...dan jangan lupa memiliki itu sa punya MTV karaoke yang bakal di pasaran indak lama lgi.....(nanti sa kc tau....)

Sunday, June 28, 2009

budaya warisan...




KAAMATAN sudah berlalu....pesta yang mengumpulkan semua suku kaum dari Sabah. Namun kemeriahan dan keunikan perayaan itu pastinya sentiasa terasa.
Perkara lebih menarik pada saya adalah mengetahui bahawa suku kaum Dusun ini terdiri daripada pelbagai etnik dan itulah yang menjadi kebanggaan sebagai anak asal negeri ini. Pada saya, saya tidak mengharapkan selain daripada rasa bangga setiap individu dari bangsa saya. Disusuli pula dengan semangat menjaga dan mewarisi serta mewariskan semua ini kepada generasi akan datang. Bukan sahaja budaya dan kesenian tetapi paling penting adalah 'BAHASA' ibunda sendiri kerana bahasalah yang menjadi identiti kepada setiap bangsa di dunia. Oleh itu marilah kita bersama2 menjadikan bangsa kita, bangsa yang dikenali dan dihormati sebagai orang yang tidak pernah melupakan asal usul keturunan dan budaya sendiri. Kiiihoi Boh!