Sunday, February 22, 2009

Nantikan ku....



FUH! Penat? Adalah sikit...ini baru lagu kedua...ada lapan lagu lagi untuk dirakam.... Masa juga agak terhad kerana masih belum dapat cuti, sungguhpun demikian saya akan buat yang terbaik (semampu saya).
Saya juga gembira sebab c Jomie yang tukang ambil video tu, sporting abis....
Bagi kawan2 yang gemarkan lagu Tompukirik2 dan Sayang Bah Itu Masa, ahah tunggulah kemunculan 'sitaring' indak lama lagi (harap2).
Terima kasih atas sokongan semua terhadap industri hiburan di negeri ini, terima kasih kepada penerbit C.T Siong bagi pihak Sabah Record yang ahkirnya memungkinkan penerbitan album Sayang Bah Itu Masa dalam bentuk MTV Karaoke. Okey jumpa nanti...saya mahu terus menjadi penghibur selagi ada orang yang memerlukan hiburan (heheheeee)

Tuesday, February 17, 2009

Hamba sigup@sogirit@rokok....

TERINGAT saya pada sorang pakcik (cerita lama lagi ni!). Dia kan kuatttt butul isap sigup sampai 'berbatang-batang' dalam seminit (bukan sehari tau!).
Dalam apa juga keadaan, dia misti ada itu rokok di mulut. Kadang-kadang sampai melecur bibir sebab hisap rokok sambil tidur.
Bagi dia, rokoklah segala-galanya! Tiada yang lain. Kalu indak ada rokok, alamatlah muka dia jadi panjang, dagu sampai lutut!
Masalahnya setiap kali habis rokok, yang jadi mangsa untuk pergi beli ialah anak-anak dia yang masih kecil-kecil (macam piak @ anak ayam).
Satu hari anak dia, entah malas atau kurang sihat, habis pakcik tu hambat pakai apa saja yang ada di tangan dia. Kesian aku nampak anak dia tu.
Tapi yang baiknya, sekarang ni pakcik tu sudah taubat. Indak isap sigup lagi.... anak diapun semua sudah besar-besar. Mungkin kerana pengalaman lalu, semua anaknya tidak ada yang hisap rokok. Semua mengatakan "Tak Nak" pada rokok. Jadi kepada bapa-bapa, pakcik-pakcik, datuk-datuk atau yang 'female' tu, kalu boleh bagus lagi berehat merokok selagi rokok tu tak merehatkan kamu.
Lagi satu, ingat! "Penyakit yang dihidap oleh orang yang merokok di tempat tersembunyi adalah kanser yang sama dihidapi oleh orang yang merokok di khalayak ramai".

Monday, February 16, 2009

Boyon...


BOYON (isk! lain butul nama dia kan....) tapi serangga ini telah lama terkenal lebih2 lagi dalam kalangan peminat filem2 'kungfu' (Jacky Chan ada pakai silat dia...hahahaaah).
Serangga ini sebenarnya banyak jenis, ada yang hijau dan ada pula yang berwarna (bukan perisa) coklat (macam yang saya nampak tadi pagi ni...).
ndak da yang istimewa bah jugak, saja saya ambik sebab 'kejarangan' bah nampak serangga begini apatah lagi kalu di bandar2.
Nah! untuk anak2 yang indak pernah nampak Boyon @ Mentadak inilah rupa dia...kamu tinguuuuuuuk butul2 jangan bilang ini naga ka...atau apa2 nama lain (heheheee).
Okey la saja bagi update di blog ni....

Monday, February 9, 2009

'Si Kerbau dan Bangau...'

SETINGGI-TINGGI BANGAU TERBANG, AKHIRNYA HINGGAP DI BELAKANG KERBAU....
(Heheeee butul ka indak o....)

ada 1 cerita


TERINGAT aku satu kisah (laaaama dulu), waktu satu program bersama kanak-kanak tadika di sebuah sekolah di Kota Kinabalu (sekarang Bandaraya Kota Kinabalu). Semasa ditanya sama ada kenal dengan ayam, semua angkat tangan!
Pintar...pandai....(dalam hati saya), tetapi selepas menjawab pertanyaan bagaimanakah rupa ayam, hati saya bagai di'karau-karau' (geli yang tidak terhingga pun ada). Apa tidaknya, ada yang bilang ayam itu bulat, ada kepak tapi tiada kepala dan kaki, ada pula yang bilang ayam itu kaki saja, ada juga yang cakap ayam itu paha saja, dan ada yang bilang ayam itu chicken wing...(Adussssst).
Betul-betul saya rasa macam mau 'pingsan' (black out). Timbul persoalan di fikiran saya, kenapalah mak bapak budak-budak ni ndak bagitau anak dorang pasal perkara-perkara kecil macam ini? Kalau perkara kecil pun tidak tau, apa lagi perkara besar?
Atuuuuukkkkk oi!Kesian dengan budak-budak kecil ni. Takkanlah pasal 'ayam' ni pun mau cigu atau orang lain yang perlu bagitau!
Jadi atas kesedaran sebagai seorang yang 'prihatin' (waktu itu laaaa) sayapun lukislah seekor ayam jantan dan seekor ayam betina. Saya bagitau, ayam tu ada bulu, balung, paruh, pipi dan semualah (setakat yang saya sendiri tahu). Mata dorangkan, kamurang tau, bulaaaaat gitu, mulut?terlopong!Tetapi sekurang-kurangnya untuk hari itu mereka sudah kenal bagaimana rupa ayam.
Hmmmmm dalam hati saya masih tertanya-tanya, apakah lagi yang anak-anak ni indak tau? Jadi saya tanya siapa pernah nampak kerbau? Semua bingung!Jadi bagi yang indak pernah nampak karabau itu, sini ada gambar 'dia' (siap dengan bangaunya sekali).
Kepada ibubapa, tunjuk-tunjukkanlah anak-anak kamurang apa-apa yang patut. Nanti satu hari nanti dorang kasi salah kamurang.... Anak-anak di kampung tu, jangan pulak pura-pura indak kenal 'tuntul' (siput)! atau 'bonong' (katak)!
Okeylah! ada banyak cerita sebenarnya tapi nantilah lagi k....

Wednesday, February 4, 2009

Kudrat Istimewa...

KUDRAT atau apa saja sebutannya, yang pasti serangga ini membuktikan bahawa kemampuan diri bukan terletak hanya pada saiz fizikal semata-mata.
Pagi tadi, ketika sedang duduk mencongak perkara yang akan dilakukan sepanjang hari ini, saya terlihat gelagat sekumpulan semut sedang mengangkat anai-anai yang ukurannya jauh berbeza.
Tertarik, lantas saya mengambil gambar semut-semut itu, bersusah payah menarik dan mengangkat mangsa mereka.
Sesuatu yang menarik apabila melihat kawanan semut itu saling membantu dan menarik pada arah yang sama!Menakjubkan.... Bukan apa, sebenarnya terlintas di benak seandainya manusia miliki semangat dan pandangan serta tujuan yang sama, banyak perkara 'teruk' yang boleh dielakkan, apatah lagi manusia dikurniakan dengan akal dan fikiran.
Tetapi menjadi kehampaan memikirkan manusia yang jauh lebih pintar daripada segala ciptaan di bumi lebih cenderung bersaing keegoan.
Bagaimanapun, di masa depan secara peribadi saya mendoakan agar manusia lebih rasional dalam tindak-tanduk dan keperibadian mereka.
Semoga kita sama-sama dapat mengalami sesuatu yang istimewa di bumi ini yang kita kongsi bersama....(Saya mengasihi anda semua)