Tuesday, May 26, 2009

"Tagal@Bombon"

WAH! Cantikkan.....hah! inilah Sungai Kadamaian di Kota Belud dimana kawasan tagal untuk Kampung Purak Ogis, terletak. Tagal atau Bombon adalah kaedah yang digunakan oleh penduduk kampung untuk melarang penangkapan ikan secara tidak teratur. 'Tagal' mengenakan denda kepada penduduk yang engkar peraturan yang ditetapkan. Kaedah ini bagi menggalakkan pembiakan ikan dan penangkapan ikan secara bermusim (sekali dalam setahun).
Pada tahun ini, penduduk memilih bulan Mei untuk menangkap ikan dan hampir kesemua penduduk jauh dan dekat mengambl peluang balik kampung dan berkumpul bersama dalam pesta menangkap ikan.


Mau lihat hasilnya?Nah! kamurang tinguk
ini ikan Kelah (Sarawi dalam bahasa Dusun).
banyakkkkkk..... Kobihis bah kawan2 nampak ini kan....










JADI tugas bagi kaum ibu dan wanita ialah menyiang ikan lah...sementara menunggu tengah hari....yang sioknya tu kan, dorang masak ikan2 yang kiiicil bersama telurnya
satu belanga bah! Manissssss butul dia punya
suuup o....(doi kobihis oku)










Kita tinguk lagi ini...ikan ni namanya 'sinsilog' (kira2 macam belut sungai lah....) yang paling besar belum kena tangkap lagi tu...last minit baru kena tangkap....fuh puas hati dorang bergambar sama itu sinsilog yang sedang tersenyum...heheheeee Tapi akhirnya sinsilog itu jadi.....(tak tau lah.....)
Akhir sekali, kita tengok muka2 yang letih sehari suntuk berendam di air dan menangkap ikan....yang penting semua puas hati walaupun satu keluarga hanya dapat bawa pulang kira2 3kg ikan selepas dibahagi-bahagikan.....okeylah....kawan saya mau bawak pigi minum sudah! saya stop sini dulu.....nanti kita sambung lagi....babai

4 comments:

Alexs Azlan said...

... lama sudah sia enda makan sinsilok oh.... macam sadap betul sia tinguk gambar sinsilok yang ko gambar tu bro...... Dimana bah tu? Bukan di Kiulu kah?

intan manje said...

wah ikan ni panjang sungguh,, aduhh geli lah intan mcamane mahu siang hendak di masakan ni.. alfie kamu tolong siang kan boleh ya.. hhe

kandawai said...

azlan....itu sebenarnya di Purak Ogis, Kota Belud....ko tanya c Felix dia tau tu...kampung dia....hahahaha...mbah bila2 buli mintak tulung c luu' panjang cari sinsilog ba tu....

kandawai said...

intan....kalau nak siangkan tak dapat tolong la...tapi kalau nak malamkan boleh mungkin...heheheheee....sedap ikan tu intan...kalau masak lemak cili api fuh!